
Segala puji bagi Allah.. akhirnya saya kembali menggenggam ketenangan.. yang saya rasa dh lama hilang dlm diri saya.. walaupun tak sepenuhnya, tapi sekurang2nya, sy dh merasai kehadirannya.. Allah, rasanya tak terucap betapa nikmatnya pemberianMU.. Ujian kesakitan yang diberi memberikan kesedaran betapa besarnya nikmat kesihatan..
Banyak pengalaman yang saya dapat melalui ujian lalu.. yang pasti, semua ada hikmahnya.. Buat diri ini, sabar dan tabahlah menjalani kehidupan yang mendatang. be positif!! pesan seorang sahabat.. Belajar menguruskan emosi, tangani stress dgn mengingati Allah.. Sesungguhnya DIA bersama orang2 yang sabar.. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia.. Tapi ingat, utamakan pandangan Allah lebih drpd pandangan manusia, kerana pandangan Allah itu lebih hakiki. Hanya DIA yang mengetahui hati ini.. Apa yang kita lakukan, niatkan keranaNYA.. carilah keredhaNYA dulu, kemudian senangkan hati insan yang tersayang..
Buat diri ini yang selalu lupa : Muhasabah sokmo deh!! Allah is enough for you!! DIA segala-galanya.. kurangkan dari bergantung dgn manusia.. banyakkan merintih di depan Allah daripada meminta2 pada manusia..



