Tuesday, March 30, 2010

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir merangkap hari matang diucapkan kepada Kak Mas dan Kak Zilla esok.. 31.03.2010.. Saje wish awal, tak nak jadi orang yang terakhir.. Semoga diberkati usia, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur (untuk Islam)... semoga diberi kekuatan untuk terus berbakti.. Selamat menceriakan PPKI.. buat mural.. saya tak pandai lukis, tolong2 warna boleh je..

Selamat Hari Lahir juga buat Nurul esok..31.03.2010 yang ke 25.. Dah 25 ye.. Semoga diberkati usia..

Selamat Hari Lahir yang pertama buat anak buah tersayang (Kayyisah Areenah). Semoga Kay ceria2 selalu dan pintar cerdas..

Senarai aktiviti PPKI

jun-dis 2009:
-Majlis Hari Lahir Murid (jan-jun)- di PPKI
-Majlis Perpisahan Cikgu Haslina- PPKI
-Sambutan bulan kemerdekaan- SDASA
-Terapi Motor Halus (terapi pasir)- Port Dickson
-Lawatan ke KLCC (Aquaria dan Petrosains)-KL
-Sukan Tahunan Sekolah- SKKG
-Lawatan Sosial ke rumah murid sempena Aidilfitri - Sekitar Port Dickson
-Majlis Hari Lahir Murid (julai-dis)- Glory Beach Resort
-Kem Bestari Solat- Kelantan
-Perkhemahan Pengakap
-Majlis Anugerah dan Penyampaian Hadiah- SKKG
-Lawatan ke Melaka (Mini Malaysia, Mini Asean, Zoo Melaka, Eyes on Malaysia (Malacca), Dataran Pahlawan)

jan-mac 2010:
-Lawatan ke Muzium Lukut, Kota Lukut dan Muzium Tentera Darat- Port Dickson
-Sukan tahunan -SKKG
-Sambutan Maulidur Rasul- SKKG

akan datang (dalam perancangan): mac-jun 2010
-Hippotheraphy (terapi kuda)- Port Dickson
-Hydrotheraphy (terapi air)- Port Dickson
-Majlis Hari Lahir (jan-jun)
-Lawatan 2:

Insya Allah...

Aktiviti 2009 (pilihan)

Alhamdulillah... DIA sentiasa melimpahkan rezeki buat anak-anak istimewa ni.. Tidak putus-putus rezeki tiba. Tahun lepas, aktiviti yang dirancang dapat dijayakan dengan baik. Walaupun aktiviti dalam entri ini dijalankan tahun lepas tapi saya tulis juga. Biar kenangan indah itu dirakam untuk menjadi tatapan di hari-hari mendatang, sementara diberi ruang dan peluang untuk mencoret, selagi ingatan masih segar..

Lawatan sosial ke rumah murid sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H.

Pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas, kami berpeluang melawat ke rumah 10 orang murid. Lawatan ini melibatkan semua guru PPKI, PPM serta murid-murid PPKI. Semua murid yang dibenarkan oleh ibu bapa telah menyertai lawatan tersebut. Keseronokkan tergambar di wajah anak-anak apabila dapat berjalan ke rumah kawan-kawan, beramah mesra bersama ibu bapa dan guru-guru. Kerjasama yang diberikan oleh tuan rumah juga amat memberansangkan, masing-masing menyediakan perkhidmatan dan layanan yang terbaik buat kami. Pelbagai juadah disediakan.. Alhamdulillah, semoga ukhuwah yang dibina ini diredhai-Nya..





Terima kasih diucapkan kepada keluarga Amran, Wani, Farid dan Faiz, Dollah, Rasul, Amri, Irwan Shah, Raziq, Hannan kerana sudi menerima lawatan kami..

Shuhadah pergi, Kesavan datang..

"Cikgu, mana Shuhada? Kenapa dia tak datang?" Tanya Raziq. Anak muridku yang tidak hadir ke sekolah selama seminggu yang lepas. Apabila saya mengatakan yang Shuhadah dah pindah sekolah, maka bertubi2 lah soalan yang ditanya.. Tidak dinafikan, Raziq memang agak rapat dengan Shuhadah berbanding dengan Zhee Kiong, Nandhini, Syafika dan Izzudin. Kesian Ajiq, baru nak sihat dan datang semula ke sekolah, dia terpaksa menerima hakikat bahawa Shuhadah dah pindah. Kebetulan, apabila Shuhadah pindah, mereka dapat seorang lagi kawan baru iaitu Kesavan. Kasavan baru sahaja mendaftar di PPKI hari ini.

Namun, nama Shuhadah masih belum hilang. Mana taknya, anak lincah dan ceria ini memang sangat menghiburkan hati. Masih terdengar suaranya apabila menyanyikan lagu 'ala sayang sayang', dan lagu 'bangau oh bangau' yang menjadi kesukaannya. Walaupun dia merupakan anak Autisme tetapi dia tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Yang membezakan dia dengan kanak-kanak normal ialah dia ditempatkan di PPKI. Rutin harian seperti berjalan kaki sendiri ke tempat mengaji, menunggang basikal dengan lajunya membuatkan saya kagum. Kagum kerana keupayaannya yang mencabar diri untuk keluar dari kelompok manusia yang sering dipinggirkan.. Dia seboleh2 membawa dirinya seiring dengan kanak-kanak normal.. itu lebih penting.

Kenapa saya kata begitu?
Sejak saya di sini, saya dah tengok pelbagai karenah ibu bapa. Apa yang dikesalkan, ada yang terlalu memanjakan anak sehingga membantutkan mereka untuk berdikari. Memang mereka anak istimewa tetapi mereka adalah manusia yang akan meningkat dewasa.. Ada ketikanya ibu bapa perlu 'melepaskan' mereka supaya mereka boleh meningkatkan keupayaan diri dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke tahap seterusnya..

Buat Shuhadah, semoga terus sukses walau di mana dia berada.. Kepada Kesavan, selamat datang ke PPKI. Ambil peluang di PPKI untuk berubah!!!!!

Saturday, March 27, 2010

Salam perpisahan buatmu... anakku sayang

Keterangan gambar: Shuhadah dan Raziq..

Minggu ni adalah minggu terakhir Shuhadah bersekolah di sini. Mulai bln depan, dia akan bersekolah di SK Lukut. Meluangkan masa selama 6 jam/minggu di kelas PPKI 3 membuatkan saya semakin mengenali anak ini. Perwatakannya yang manja, ingin diberi perhatian selalu dan telatahnya yang menghiburkan pasti membuatkan saya rindu padanya. Bukan saya sahaja tp kawan2 yg lain pun suka mendampingi Shuhadah. Betullah, setiap pertemuan, diakhiri dgn perpisahan. Itu lumrah.. Semoga anak ini sukses dalam mengharungi kehidupan serta menjalani perkembangan kognitif yang semakin baik..

Sengaja..

Lama sgt2 x tulis kt blog ni.. Bkn sbb xde masa nk tulis tp sengaja gunakan masa utk buat benda lain. Beri tumpuan kepada perkara yg lebih penting pada masa tu. Selama ia 'ditinggalkan', banyak perkara yang berlaku, bermakna banyak kenangan yang perlu disimpan, perlu dirakam utk hari kemudian.. Menjejaki tahun kedua di dunia perguruan, masa berjalan amat singkat rasanya. Namun, ia sarat dgn kenangan indah yg membuatkanku semakin hari semakin sayang dengan anak-anak didikku. Ya Allah, kekalkanlah perasaan ini sehingga keakhirnya, sehingga KAU menjemputku Ya Allah.. Amin..