Tuesday, March 30, 2010

Shuhadah pergi, Kesavan datang..

"Cikgu, mana Shuhada? Kenapa dia tak datang?" Tanya Raziq. Anak muridku yang tidak hadir ke sekolah selama seminggu yang lepas. Apabila saya mengatakan yang Shuhadah dah pindah sekolah, maka bertubi2 lah soalan yang ditanya.. Tidak dinafikan, Raziq memang agak rapat dengan Shuhadah berbanding dengan Zhee Kiong, Nandhini, Syafika dan Izzudin. Kesian Ajiq, baru nak sihat dan datang semula ke sekolah, dia terpaksa menerima hakikat bahawa Shuhadah dah pindah. Kebetulan, apabila Shuhadah pindah, mereka dapat seorang lagi kawan baru iaitu Kesavan. Kasavan baru sahaja mendaftar di PPKI hari ini.

Namun, nama Shuhadah masih belum hilang. Mana taknya, anak lincah dan ceria ini memang sangat menghiburkan hati. Masih terdengar suaranya apabila menyanyikan lagu 'ala sayang sayang', dan lagu 'bangau oh bangau' yang menjadi kesukaannya. Walaupun dia merupakan anak Autisme tetapi dia tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Yang membezakan dia dengan kanak-kanak normal ialah dia ditempatkan di PPKI. Rutin harian seperti berjalan kaki sendiri ke tempat mengaji, menunggang basikal dengan lajunya membuatkan saya kagum. Kagum kerana keupayaannya yang mencabar diri untuk keluar dari kelompok manusia yang sering dipinggirkan.. Dia seboleh2 membawa dirinya seiring dengan kanak-kanak normal.. itu lebih penting.

Kenapa saya kata begitu?
Sejak saya di sini, saya dah tengok pelbagai karenah ibu bapa. Apa yang dikesalkan, ada yang terlalu memanjakan anak sehingga membantutkan mereka untuk berdikari. Memang mereka anak istimewa tetapi mereka adalah manusia yang akan meningkat dewasa.. Ada ketikanya ibu bapa perlu 'melepaskan' mereka supaya mereka boleh meningkatkan keupayaan diri dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke tahap seterusnya..

Buat Shuhadah, semoga terus sukses walau di mana dia berada.. Kepada Kesavan, selamat datang ke PPKI. Ambil peluang di PPKI untuk berubah!!!!!

No comments:

Post a Comment