Pada 29/7/09, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains dan Aquaria, KLCC. Lawatan ni telah dijayakan ;) oleh seramai 13 org guru (termasuk PPM) dan 30 org murid (dari kelas PPKI2-PPKI5, termasuk inklusif). Secara teorinya, seorg guru mengawasi seramai 2/3 org murid ppki. Segala puji bagi ALLAH, kami selamat pergi dan kembali.. Perjalanan dimulakan pd jam 8.00am dan sampai semula di sekolah sekitar jam 6.15pm... hm.. letih juga murid2 nampaknya, esoknya agak lengang ppki (ramai tak hadir). Sehari bersiar2 sambil melihat keindahan dan keunikan yg dipaparkan di tempat lawatan dan alam sekeliling, tergambar jelas keseronokan murid2 dan ada juga yg sgt aktif (huhu, letih juga nampaknya cikgu azmir melayan zhee kiong, cikgu mastura pula bersama hanan.. sabar ye..). Semoga mereka dapat pelbagai perkara baru, dr segi pengetahuan, pengalaman, memori.. Walaupun keletihan di hujung lawatan, tapi sy puas dpt turut serta lawatan tu. Inilah kali pertama sy ikut lawatan bersama ppki. Hm.. hari ini dlm sejarah ;) ..Alhamdulillah.. Thank you, ALLAH..
Bersama2 ni disertakan sedikit gambar buat kenang2an.. ;)



