Hari ni sy menggunakan gula, garam, cuka, kopi, jem strawberi, kicap pekat dan sos tomato dlm p&p utk pengurusan diri.. nak tau di sebalik tajuk pengajaran hr ni?? Selepas mengarahkan anak-anak cuci tangan masing2 sehingga diyakini bersih, sy pun mulakan sesi pengajaran. Mula2 sy bagi rasa yg berlainan setiap seorg. Jadi sy nk lihat sejauhmana anak-anak peka terhadap deria rasa dan dpt membezakan antara rasa2 tersebut. Namun, jawapan yg diberikan oleh mereka cukup negatif.
Slps tu sy pun bagi mereka rasa bahan yg sama setiap org dan menanyakan apakah rasanya. Mula2 sy bagi gula. Serentak jawapannya "manis...!!". Ok la, betul la tu.. Selepas tu sy bagi pula garam.. huhu, nk tau apa jwpnnya?? "manis...!!" Aik, knape manis?? Cuba cakap betul2 dgn cikgu, apa rasanya?? Serentak jawapannya "manis...!!".Ish, tak bleh jadi ni.. Setelah beberapa kali bertanya, namun jwpnnya tetap sama "manis..." Sy mmg yakin, bahan yg sy bagi tu garam. Rupa garam tu mmg berbeza dgn gula, mcmn rasanya bleh manis.. Dgn sepantas kilat, sy pun merasanya.. Hmm, confirm mereka yg salah, masin la.. Rasa garam ni masin, bukan manis ye.. Serentak mereka menjawab selepas tu "masin...!!"
Selepas waktu sy ni ialah waktu rehat, masa tu tiba2 sy teringat sesuatu. Ya Allah, sy puasa rupanya hari ni!! Mcmn bleh tak ingat, pergi rasa garam td.. Tp sy teruskan.. Mmg la merasa menggunakn deria tu makruh bagi yg sedang menyediakan makanan (jgn telan, setakat di lidah je, tp sebaiknya elakkan perkara makruh ni..), tp, sy ni terus telan.. Huhu, mmg terlupa sungguh.. Smoga puasa sy diterima-NYA sbg ibadah..
Thursday, July 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment