Friday, July 24, 2009

Pendidikan Khas vs Pemulihan Khas.

Baru-baru ni sy ada melawat sebuah forum awam yg hebat membincangkan tentang pendidikan khas dan yg berkaitan dengannya. Sy 'click' pd topik 'pemulihan khas' dan sy tertarik dgn kiriman seorg ahli forum yg tidak diketahui statusnya, yg mana beliau ni memberi pendapat mengenai perbezaan antara pendidikan khas dengan pemulihan khas. Kebetulan, sy mmg sdg mencari jwpn yg hakiki kpd persoalan tersebut krn sy sdg membuat 'research' peribadi mengenai hal ehwal pendidikan khas.. Di sini sy 'copy and paste' kan apa yg diperkatakan oleh saudara/i tersebut :


"Secara mudah perbezaan PENDIDIKAN KHAS dengan PEMULIHAN KHAS:

1. Guru PENDIDIKAN KHAS dapat elaun, guru PEMULIHAN KHAS tidak.

2. Murid PENDIDIKAN KHAS dapat elaun, murid PEMULIHAN KHAS tidak.

3. Murid PENDIDIKAN KHAS - kategori: masalah pembelajaran, pendengaran, penglihatan; Murid PEMULIHAN KHAS - slow learner.

4. Murid PENDIDIKAN KHAS disahkan oleh doktor, murid PEMULIHAN KHAS tidak.

5. Kelas PENDIDIKAN KHAS ada peruntukan khusus, kelas PEMULIHAN KHAS tiada.

6. Kelas PENDIDIKAN KHAS tak pernah sewenang-wenangnya ditutup, kelas PEMULIHAN KHAS akan ditutup bila ada guru lain tidak hadir.

7. Guru PENDIDIKAN KHAS tidak dijadikan guru ganti, guru PEMULIHAN KHAS selalu dijadikan guru ganti oleh pentadbir.

8. Guru PENDIDIKAN KHAS dibantu oleh PPM, guru PEMULIHAN KHAS tidak.

9. Kebanyakan guru PENDIDIKAN KHAS adalah opsyen, guru PEMULIHAN TIDAK.

10. Semua sekolah rendah ada peruntukan guru PEMULIHAN KHAS, sekolah menengah tidak ada peruntukan guru PEMULIHAN KHAS.

11. Guru PEMULIHAN KHAS hanya di sekolah rendah sahaja, guru PENDIDIKAN KHAS ada di kedua-duanya.

12. Murid PENDIDIKAN KHAS kekal di kelas yang sama, murid PEMULIHAN KHAS
dikeluarkan dari kelas pada waktu-waktu tertentu.

13. Di universiti ada ijizah untuk PENDIDIKAN KHAS, PEMULIHAN KHAS tidak ada.

Jarang ada guru yang bertukar dari PENDIDIKAN KHAS ke PEMULIHAN KHAS, biasanya dari PEMULIHAN KHAS ke PENDIDIKAN KHAS.


Komentar.
Sebelum sy mengutarakan pendapat , sy ingin mengucapkan tahniah kpd forumer ni yg telah membuat 'research' lebih dahulu drpd sy (mgkn krn beliau org lama yg sarat dgn pengalaman atau telah berkhidmat sbg guru lbh terdahulu dr sy..) Sbnrnya sblm sy jejak ke pendidikan khas ni, sy telah pun memikirkan perkara ini. Seingat sy, semasa di sekolah rendah, sy telah pun mendengar dan melihat mengenai kelas pemulihan khas (masa tu, kelas sy sebelah dgn kelas pemulihan khas). Sy juga telah mendengar ttg kelas pendidikan khas semasa di sekolah menengah (jiran sy adalah salah seorg murid pendidikah khas di sekolah yg sama).



Dengar dan lihat shj sbnrnya tidak mencukupi kerana kita bakal memberikan gambaran yg salah dan selebihnya adalah atas dasar logik akal. Berdasarkan temubual, maklumat dr internet dan sedikit pengalaman dlm pendidikan khas, sy masih tidak menemui perbezaan hakiki antara perkara tersebut. Yg boleh diperkatakan, sukatan pembelajaran adlh berbeza krn pemulihan khas tertumpu kpd penyelesaian mslh pembelajaran khususnya 3m (fokus kpd matematik dan BM) serta pembaikan sikap sjh manakala pendidikan khas merangkumi keseluruhan hal ehwal pengurusan iaitu dr pengurusan diri,sahsiah, pembelajaran (seperti aliran perdana) sehinggalah kpd kemahiran2 tertentu yg boleh dilakukan oleh insan normal. Selain perbezaan dari segi fizikal (cacat penglihatan, pendengaran, Bermasalah pembelajaran : autisme, disleksia, sindrom down, hiperaktif, slow learner dsb) dan kewangan(persoalan elaun, peruntukan) antara pendidikan khas dengan pemulihan khas, ada lg perkara penting yg perlu ditimbangtara. Contohnya, dari segi masa dan kaedah pembelajaran.



Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran (pkbp) dan pemulihan khas, masing2 mempunyai mslh khas dlm pembelajaran. Cuma punca dan faktor mempengaruhi keadaan mereka adlh berbeza. Misalnya, murid pendidikan khas seperti sindrom down, autisme dsb adlh berdasarkan permasalahan sejak di peringkat genetik (faktor kognitif) manakala murid pemulihan khas biasanya berpunca drpd permasalahan persekitaran sprt budaya hidup ibu bapa (tidak pentingkan pelajaran anak-anak, tidak berpendidikan tinggi), pemakanan, trauma akibat kesusahan hidup (kemiskinan, perceraian ibu bapa, penderaan sejak kecil) yang mana perkembangan mental mereka terjejas. Oleh itu, dpt kita lihat bhwa jenis permasalahan itu berbeza. Sy ambil contoh, katakan seorg kanak-kanak berumur 7 tahun diambil dari kelas pendidikan khas dan pemulihan khas. Kanak2 dr kelas pendidikan khas, katakan sindrom down hadirnya ke sekolah dlm keadaan dirinya sprt kanak2 normal berumur 3 tahun. Kenapa sy kata begitu? Kanak2 begini masih tidak dpt menguruskan diri dgn baik. Tidak boleh mendengar arahan contohnya "tunjukkan kepala kamu", mereka tidak boleh bertindak seperti yg diarahkan. hai ini menunjukkan mereka masih tidak dpt menyesuaikam diri dlm banyak keadaan.Berbanding dgn pemulihan khas, murid biasanya boleh menguruskan diri sendiri sprt membeli makanan sendiri, ataupun mendengar arahan sprt yg dibincangkan sebentar tadi.



Pendidikan khas.
"Satu program pendidikan yg dirancang khas untuk murid berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya drp rancangan sekolah biasa".
(Chua, 1992)


Pemulihan khas.
“ Satu tindakan khusus utk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yg mengalami kesusahan pembelajaran dlm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yg dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dlm kumpulan yg diasingkan dari sekolah biasa atau dlm darjah utk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.”
(Sharifah Alwiah Alsagoff,1983)



Titik persamaan yg dpt kita lihat antara kedua2nya ialah murid-murid yg ditempatkan di kelas pemulihan khas dan pendidikan khas lebih diberi tumpuan kpd aspek pembelajaran aktif. Guru bertanggungjawab supaya mempelbagaikan kaedah pembelajaran utk menarik minat murid bagi mempertingkatkan penguasaan pembelajaran. Contohnya dlm pendidikan khas, permasalah yg dialami menyebabkan murid hanya dpt menumpukan perhatian pada p&p dlm jangkamasa yg terhad. Selebihnya mereka akan mula membayangkan suatu perkara yg menguntungkan emosinya. Bagi pemulihan khas pula, permasalah yg dialami hampir sama iaitu mslh dlm pembelajaran di peringkat penerimaan. Murid sprt ini, adakalanya fokus dlm p&p tetapi bermasalah utk menangkap isi pembelajaran. Oleh itu, cabaran bagi guru-guru pendidikan khas dan pemulihan khas adlh meneliti setiap kemahuan dan emosi murid sblm merangka kaedah pengajaran yg sesuai spy murid mendapat manfaat maksimum dr persekolahan. Hm.. bersama lakukan yg terbaik demi perkembangan insan yg memerlukan. All the best!!



~pendidikan khas tetap dihati~

No comments:

Post a Comment