Wednesday, July 22, 2009

Erti Hidup Pada Memberi..

Sebenarnya sy ni, bila nk buat sesuatu perkara sy suka minta pendapat org. Biasanya yg betul2 rapat tu akan menjadi mangsa utk bertanya (eh mangsa ke?? bukan buat jahat pun kan, tanya jer, x salah kan..). Masa sy nk masuk pendidikan khas ni, sy ada tnye seseorg.. dia pembantu pengurusan murid utk pendidikan khas. Katanya " mar rasa, kak yah boleh sbb kak yah penyabar dan yg penting niat kita". Pendapat dr cikgu sy, katanya " cikgu rasa maziah boleh sbb maziah penyabar orangnya.. Ambil lh peluang ni utk menabur jasa, jgn kira ganjaran kerana di sana pasti ada jk kita ikhlas.." Mesej cikgu sy ni masih sy simpan sampai skrg, sbg peransang..


Apa yg saya nak sebut kat sini ialah niat, sabar dan jasa.. Niat mmg penting bila kita nk buat sesuatu. kalau baik niatnya, Insya Allah kita boleh buat yg terbaik. Tp kdg2 kita x rasa n dpt yg terbaik pun sbb mgkn itu ujian utk kita. Sabar pun penting juga, kalau x kesian anak murid.. (fikir sendiri yer) dan akhir skali jasa..


Sebut pasal jasa, sy teringat kata2 penulis blog saifulislam.com.. Kata Abu Saif, erti hidup itu pada memberi.. Bila mana kita menjadikan kerjaya guru ni sebagai medan utk memberi, kita akan lebih memikirkan ttg peranan dari memikirkan soal hak.. Camne tu?? Ha, Lakukan la sehabis baik utk mereka, buat apa shj demi perkembangan positif (selagi termampu). Persoalan balasan, maklum balas itu perkara selepasnya.. Anak murid perkara utama yg perlu difikirkan..


Masa dpt surat perlantikan hari tu, ada tercatat COLA sy Rm100 manakala kwn yg sama masuk dgn sy RM200. Kata kwn2 seangkatan, knape ia berbeza?? pada hal tempatnya sama, statusnya sama.. Sy dinasihatkan utk rujuk ke kerani n jabatan tp smpai skrg sy tidak mengambil tindakan itu. Nak tau knape?? Jawapannya ada di atas. Kalau sy dh berjaya mencapai matlamat sy, perkara itu mgkn bleh disuarakan. Tp buat masa ni, sy masih dlm proses utk mencapai matlamat. Kalau istilah ekonominya, belum mencapai kepuasan maksimum dlm pengajaran.. belajar n terus belajar. Ingat cheq_yah, jgn hnya memikirkan soal ganjaran..

No comments:

Post a Comment