Wednesday, July 22, 2009

Kisah anak-anak..

Sebenarnya, sy ingin meluahkan sedikit perasaan yg terbuku di hati ni.. di sekolah td, ada seorg anak murid yg sy sifatkan agak melampau tindakannya. Bukan shj 'berperangai' tidak baik dgn rakan2nya, malah jg dgn sy! Pada ketika itu, sy berasa agak geram. Sy mula menunjukkan reaksi tidak senang, mujur kelas sy tu menyedari (mmg sy nak mereka tahu perasaan sy ketika itu, melalui air muka). Mereka mula menasihati F utk meminta maaf dr sy atas tindakannya.

Sbnrnya, sy tidaklah terlalu menghiraukan perasaan sy, tp dlm konteks mendidik sy perlu berbuat demikian. Bagi sy kelas 5 tidak wajar berperangai sprt F. Jika kelas 1 pun, ia perlu diperbetulkan, ni kan pula kelas 5 yg dh besar panjang. Sy masih mencari kaedah yg berkesan utk membentuk F menjadi lebih baik. Dlm kelas dia kurang fokus, kerja yg sy bagi dibuat sambil lewa, langsung tak nak berfikir (yg sy hairan, kwn2nya yg lain boleh terima ajaran sy, buat kerja, ikut aktiviti sy dgn baik). Di luar kelas, sy lihat dgn guru lain pun, dia hampir begitu (kecuali dgn cikgu jalel, garang katanya).

Sy akan aturkan masa yg sesuai utk sesi kaunseling, dgn sy (face to face).. Buat F, cikgu buat semua ni sbb cikgu sayangkan kamu. Rasanya perkara ni tak boleh dibiarkan berterusan. Kdg2 bila difikirkan, terasa juga diri ni bersalah kerana kurang mendoakan utk mereka. Insya Allah lepas ni akan ada penambahbaikan..

No comments:

Post a Comment