Friday, July 24, 2009

Pendidikan Khas vs Pemulihan Khas.

Baru-baru ni sy ada melawat sebuah forum awam yg hebat membincangkan tentang pendidikan khas dan yg berkaitan dengannya. Sy 'click' pd topik 'pemulihan khas' dan sy tertarik dgn kiriman seorg ahli forum yg tidak diketahui statusnya, yg mana beliau ni memberi pendapat mengenai perbezaan antara pendidikan khas dengan pemulihan khas. Kebetulan, sy mmg sdg mencari jwpn yg hakiki kpd persoalan tersebut krn sy sdg membuat 'research' peribadi mengenai hal ehwal pendidikan khas.. Di sini sy 'copy and paste' kan apa yg diperkatakan oleh saudara/i tersebut :


"Secara mudah perbezaan PENDIDIKAN KHAS dengan PEMULIHAN KHAS:

1. Guru PENDIDIKAN KHAS dapat elaun, guru PEMULIHAN KHAS tidak.

2. Murid PENDIDIKAN KHAS dapat elaun, murid PEMULIHAN KHAS tidak.

3. Murid PENDIDIKAN KHAS - kategori: masalah pembelajaran, pendengaran, penglihatan; Murid PEMULIHAN KHAS - slow learner.

4. Murid PENDIDIKAN KHAS disahkan oleh doktor, murid PEMULIHAN KHAS tidak.

5. Kelas PENDIDIKAN KHAS ada peruntukan khusus, kelas PEMULIHAN KHAS tiada.

6. Kelas PENDIDIKAN KHAS tak pernah sewenang-wenangnya ditutup, kelas PEMULIHAN KHAS akan ditutup bila ada guru lain tidak hadir.

7. Guru PENDIDIKAN KHAS tidak dijadikan guru ganti, guru PEMULIHAN KHAS selalu dijadikan guru ganti oleh pentadbir.

8. Guru PENDIDIKAN KHAS dibantu oleh PPM, guru PEMULIHAN KHAS tidak.

9. Kebanyakan guru PENDIDIKAN KHAS adalah opsyen, guru PEMULIHAN TIDAK.

10. Semua sekolah rendah ada peruntukan guru PEMULIHAN KHAS, sekolah menengah tidak ada peruntukan guru PEMULIHAN KHAS.

11. Guru PEMULIHAN KHAS hanya di sekolah rendah sahaja, guru PENDIDIKAN KHAS ada di kedua-duanya.

12. Murid PENDIDIKAN KHAS kekal di kelas yang sama, murid PEMULIHAN KHAS
dikeluarkan dari kelas pada waktu-waktu tertentu.

13. Di universiti ada ijizah untuk PENDIDIKAN KHAS, PEMULIHAN KHAS tidak ada.

Jarang ada guru yang bertukar dari PENDIDIKAN KHAS ke PEMULIHAN KHAS, biasanya dari PEMULIHAN KHAS ke PENDIDIKAN KHAS.


Komentar.
Sebelum sy mengutarakan pendapat , sy ingin mengucapkan tahniah kpd forumer ni yg telah membuat 'research' lebih dahulu drpd sy (mgkn krn beliau org lama yg sarat dgn pengalaman atau telah berkhidmat sbg guru lbh terdahulu dr sy..) Sbnrnya sblm sy jejak ke pendidikan khas ni, sy telah pun memikirkan perkara ini. Seingat sy, semasa di sekolah rendah, sy telah pun mendengar dan melihat mengenai kelas pemulihan khas (masa tu, kelas sy sebelah dgn kelas pemulihan khas). Sy juga telah mendengar ttg kelas pendidikan khas semasa di sekolah menengah (jiran sy adalah salah seorg murid pendidikah khas di sekolah yg sama).



Dengar dan lihat shj sbnrnya tidak mencukupi kerana kita bakal memberikan gambaran yg salah dan selebihnya adalah atas dasar logik akal. Berdasarkan temubual, maklumat dr internet dan sedikit pengalaman dlm pendidikan khas, sy masih tidak menemui perbezaan hakiki antara perkara tersebut. Yg boleh diperkatakan, sukatan pembelajaran adlh berbeza krn pemulihan khas tertumpu kpd penyelesaian mslh pembelajaran khususnya 3m (fokus kpd matematik dan BM) serta pembaikan sikap sjh manakala pendidikan khas merangkumi keseluruhan hal ehwal pengurusan iaitu dr pengurusan diri,sahsiah, pembelajaran (seperti aliran perdana) sehinggalah kpd kemahiran2 tertentu yg boleh dilakukan oleh insan normal. Selain perbezaan dari segi fizikal (cacat penglihatan, pendengaran, Bermasalah pembelajaran : autisme, disleksia, sindrom down, hiperaktif, slow learner dsb) dan kewangan(persoalan elaun, peruntukan) antara pendidikan khas dengan pemulihan khas, ada lg perkara penting yg perlu ditimbangtara. Contohnya, dari segi masa dan kaedah pembelajaran.



Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran (pkbp) dan pemulihan khas, masing2 mempunyai mslh khas dlm pembelajaran. Cuma punca dan faktor mempengaruhi keadaan mereka adlh berbeza. Misalnya, murid pendidikan khas seperti sindrom down, autisme dsb adlh berdasarkan permasalahan sejak di peringkat genetik (faktor kognitif) manakala murid pemulihan khas biasanya berpunca drpd permasalahan persekitaran sprt budaya hidup ibu bapa (tidak pentingkan pelajaran anak-anak, tidak berpendidikan tinggi), pemakanan, trauma akibat kesusahan hidup (kemiskinan, perceraian ibu bapa, penderaan sejak kecil) yang mana perkembangan mental mereka terjejas. Oleh itu, dpt kita lihat bhwa jenis permasalahan itu berbeza. Sy ambil contoh, katakan seorg kanak-kanak berumur 7 tahun diambil dari kelas pendidikan khas dan pemulihan khas. Kanak2 dr kelas pendidikan khas, katakan sindrom down hadirnya ke sekolah dlm keadaan dirinya sprt kanak2 normal berumur 3 tahun. Kenapa sy kata begitu? Kanak2 begini masih tidak dpt menguruskan diri dgn baik. Tidak boleh mendengar arahan contohnya "tunjukkan kepala kamu", mereka tidak boleh bertindak seperti yg diarahkan. hai ini menunjukkan mereka masih tidak dpt menyesuaikam diri dlm banyak keadaan.Berbanding dgn pemulihan khas, murid biasanya boleh menguruskan diri sendiri sprt membeli makanan sendiri, ataupun mendengar arahan sprt yg dibincangkan sebentar tadi.



Pendidikan khas.
"Satu program pendidikan yg dirancang khas untuk murid berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya drp rancangan sekolah biasa".
(Chua, 1992)


Pemulihan khas.
“ Satu tindakan khusus utk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yg mengalami kesusahan pembelajaran dlm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yg dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dlm kumpulan yg diasingkan dari sekolah biasa atau dlm darjah utk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.”
(Sharifah Alwiah Alsagoff,1983)



Titik persamaan yg dpt kita lihat antara kedua2nya ialah murid-murid yg ditempatkan di kelas pemulihan khas dan pendidikan khas lebih diberi tumpuan kpd aspek pembelajaran aktif. Guru bertanggungjawab supaya mempelbagaikan kaedah pembelajaran utk menarik minat murid bagi mempertingkatkan penguasaan pembelajaran. Contohnya dlm pendidikan khas, permasalah yg dialami menyebabkan murid hanya dpt menumpukan perhatian pada p&p dlm jangkamasa yg terhad. Selebihnya mereka akan mula membayangkan suatu perkara yg menguntungkan emosinya. Bagi pemulihan khas pula, permasalah yg dialami hampir sama iaitu mslh dlm pembelajaran di peringkat penerimaan. Murid sprt ini, adakalanya fokus dlm p&p tetapi bermasalah utk menangkap isi pembelajaran. Oleh itu, cabaran bagi guru-guru pendidikan khas dan pemulihan khas adlh meneliti setiap kemahuan dan emosi murid sblm merangka kaedah pengajaran yg sesuai spy murid mendapat manfaat maksimum dr persekolahan. Hm.. bersama lakukan yg terbaik demi perkembangan insan yg memerlukan. All the best!!



~pendidikan khas tetap dihati~

Thursday, July 23, 2009

Manis ke masin??

Hari ni sy menggunakan gula, garam, cuka, kopi, jem strawberi, kicap pekat dan sos tomato dlm p&p utk pengurusan diri.. nak tau di sebalik tajuk pengajaran hr ni?? Selepas mengarahkan anak-anak cuci tangan masing2 sehingga diyakini bersih, sy pun mulakan sesi pengajaran. Mula2 sy bagi rasa yg berlainan setiap seorg. Jadi sy nk lihat sejauhmana anak-anak peka terhadap deria rasa dan dpt membezakan antara rasa2 tersebut. Namun, jawapan yg diberikan oleh mereka cukup negatif.

Slps tu sy pun bagi mereka rasa bahan yg sama setiap org dan menanyakan apakah rasanya. Mula2 sy bagi gula. Serentak jawapannya "manis...!!". Ok la, betul la tu.. Selepas tu sy bagi pula garam.. huhu, nk tau apa jwpnnya?? "manis...!!" Aik, knape manis?? Cuba cakap betul2 dgn cikgu, apa rasanya?? Serentak jawapannya "manis...!!".Ish, tak bleh jadi ni.. Setelah beberapa kali bertanya, namun jwpnnya tetap sama "manis..." Sy mmg yakin, bahan yg sy bagi tu garam. Rupa garam tu mmg berbeza dgn gula, mcmn rasanya bleh manis.. Dgn sepantas kilat, sy pun merasanya.. Hmm, confirm mereka yg salah, masin la.. Rasa garam ni masin, bukan manis ye.. Serentak mereka menjawab selepas tu "masin...!!"

Selepas waktu sy ni ialah waktu rehat, masa tu tiba2 sy teringat sesuatu. Ya Allah, sy puasa rupanya hari ni!! Mcmn bleh tak ingat, pergi rasa garam td.. Tp sy teruskan.. Mmg la merasa menggunakn deria tu makruh bagi yg sedang menyediakan makanan (jgn telan, setakat di lidah je, tp sebaiknya elakkan perkara makruh ni..), tp, sy ni terus telan.. Huhu, mmg terlupa sungguh.. Smoga puasa sy diterima-NYA sbg ibadah..

Wednesday, July 22, 2009

Kisah anak-anak..

Sebenarnya, sy ingin meluahkan sedikit perasaan yg terbuku di hati ni.. di sekolah td, ada seorg anak murid yg sy sifatkan agak melampau tindakannya. Bukan shj 'berperangai' tidak baik dgn rakan2nya, malah jg dgn sy! Pada ketika itu, sy berasa agak geram. Sy mula menunjukkan reaksi tidak senang, mujur kelas sy tu menyedari (mmg sy nak mereka tahu perasaan sy ketika itu, melalui air muka). Mereka mula menasihati F utk meminta maaf dr sy atas tindakannya.

Sbnrnya, sy tidaklah terlalu menghiraukan perasaan sy, tp dlm konteks mendidik sy perlu berbuat demikian. Bagi sy kelas 5 tidak wajar berperangai sprt F. Jika kelas 1 pun, ia perlu diperbetulkan, ni kan pula kelas 5 yg dh besar panjang. Sy masih mencari kaedah yg berkesan utk membentuk F menjadi lebih baik. Dlm kelas dia kurang fokus, kerja yg sy bagi dibuat sambil lewa, langsung tak nak berfikir (yg sy hairan, kwn2nya yg lain boleh terima ajaran sy, buat kerja, ikut aktiviti sy dgn baik). Di luar kelas, sy lihat dgn guru lain pun, dia hampir begitu (kecuali dgn cikgu jalel, garang katanya).

Sy akan aturkan masa yg sesuai utk sesi kaunseling, dgn sy (face to face).. Buat F, cikgu buat semua ni sbb cikgu sayangkan kamu. Rasanya perkara ni tak boleh dibiarkan berterusan. Kdg2 bila difikirkan, terasa juga diri ni bersalah kerana kurang mendoakan utk mereka. Insya Allah lepas ni akan ada penambahbaikan..

Erti Hidup Pada Memberi..

Sebenarnya sy ni, bila nk buat sesuatu perkara sy suka minta pendapat org. Biasanya yg betul2 rapat tu akan menjadi mangsa utk bertanya (eh mangsa ke?? bukan buat jahat pun kan, tanya jer, x salah kan..). Masa sy nk masuk pendidikan khas ni, sy ada tnye seseorg.. dia pembantu pengurusan murid utk pendidikan khas. Katanya " mar rasa, kak yah boleh sbb kak yah penyabar dan yg penting niat kita". Pendapat dr cikgu sy, katanya " cikgu rasa maziah boleh sbb maziah penyabar orangnya.. Ambil lh peluang ni utk menabur jasa, jgn kira ganjaran kerana di sana pasti ada jk kita ikhlas.." Mesej cikgu sy ni masih sy simpan sampai skrg, sbg peransang..


Apa yg saya nak sebut kat sini ialah niat, sabar dan jasa.. Niat mmg penting bila kita nk buat sesuatu. kalau baik niatnya, Insya Allah kita boleh buat yg terbaik. Tp kdg2 kita x rasa n dpt yg terbaik pun sbb mgkn itu ujian utk kita. Sabar pun penting juga, kalau x kesian anak murid.. (fikir sendiri yer) dan akhir skali jasa..


Sebut pasal jasa, sy teringat kata2 penulis blog saifulislam.com.. Kata Abu Saif, erti hidup itu pada memberi.. Bila mana kita menjadikan kerjaya guru ni sebagai medan utk memberi, kita akan lebih memikirkan ttg peranan dari memikirkan soal hak.. Camne tu?? Ha, Lakukan la sehabis baik utk mereka, buat apa shj demi perkembangan positif (selagi termampu). Persoalan balasan, maklum balas itu perkara selepasnya.. Anak murid perkara utama yg perlu difikirkan..


Masa dpt surat perlantikan hari tu, ada tercatat COLA sy Rm100 manakala kwn yg sama masuk dgn sy RM200. Kata kwn2 seangkatan, knape ia berbeza?? pada hal tempatnya sama, statusnya sama.. Sy dinasihatkan utk rujuk ke kerani n jabatan tp smpai skrg sy tidak mengambil tindakan itu. Nak tau knape?? Jawapannya ada di atas. Kalau sy dh berjaya mencapai matlamat sy, perkara itu mgkn bleh disuarakan. Tp buat masa ni, sy masih dlm proses utk mencapai matlamat. Kalau istilah ekonominya, belum mencapai kepuasan maksimum dlm pengajaran.. belajar n terus belajar. Ingat cheq_yah, jgn hnya memikirkan soal ganjaran..

iklan.. (sengaja memasukkan perkara yg tak penting)


Rumah sewa!!


Dah 3 minggu sy duk kt rumah sewa ni.. jaraknya ke sekolah dlm 8 km je.. sblm ni sy berulang alik rembau-PD yg jaraknya 53 km..

- Kesanggupan?

huhu, kalau sebut tentang kesanggupan, mmg sy sanggup berulang. Lg pun, bertolak seawal jam 6.15 pagi tu agak mendamaikan.. kenderaan tak bnyk, jln raya tak sibuk, keadaan pun masih gelap, ditambah dgn kedinginan pagi, hari2 terasa bertenaga jer walaupun waktu tidur telah dikurangkan dr biasa.. Walaupun jauh, sy sampai sekolah tetap awal, lbh krg jam 7.15am. Perjalanan lebih kurang 1 jam tu(traffic light bnyk, huhu) tak terasa apabila sampai2 disambut dgn salam n ucapan dr murid2 yg manja.. hehe.. Blk rumah plak, dpt tgk anak buah yg baru lahir, skrg ni usianya sebulan.. comel tau!! Pendek kata, sy mmg sanggup utk berulang..

-Risiko?

Ni adalah salah satu punca mak sy suruh gak cari rumah sewa. Sbb, sy akan menempuh ladang kelapa sawit yg sunyi di awal pagi.. Ladang tu agak luas (under sime darby plantation) dan rasanya lalu situ shj sejauh 11 km. Buatnya kereta meragam pagi2 tu.. sy ni dh la perempuan, sorg plak tu, bkn tau sgt ttg hal ehwal kereta.. hm.. susah gak tu, bahaya kan??

Lps tu mslh waktu hujan lebat, kat situ tak ada lampu jln, jd ia agak gelap. Kita yg nak kejar masa ni, perlu berkira2 ttg kelajuan juga. kalau perlahan sgt pun, jam berapa mau sampai da.. Pernah sekali sy hampir terbabas sbb jln bengkang-bengkok..

-kos?

Baru2 kerja ni, belanja dari pama la kan.. Kata ayah, kalau ayah tak bantu, siapa lg kn?? Duit minyak sy kalo isi RM30 tu, bleh tahan 2 hari.. kira la kalau sebulan berapa. sekolah ni slalu ada pgrm hr sabtu. hehe hari ahad cuti da.. tu belum kira duit makan lg.. tp sy makan x bnyk pun, sy simpan ruang utk makan kt rumah.. hehe bila duk rumah sewa ni sy slalu call mak, tanya mak masak apa hari ni..

-masa?

ini paling penting. sbnrnya hal2 seperti di atas kita bleh control, bleh budget tp persoalan masa ni agak rumit. sbg guru, kita perlu lbh masa utk fikir mslh anak murid n fikir cara nk mengajar yg berkesan lbh2 lg pendidikan khas ni. mereka mempunyai mslh dan sikap yg berbeza. Oleh itu, sy perlu fikirkan kaedah yg sesuai dlm bilik drjh mahupun secara bebas yg bleh beri manfaat maksimum kpd setiap murid. Lg pun, sbg org baru, sy perlu lbh mengenal anak murid seorg demi seorg dan cara menguruskan mereka. Oleh itu, masa sgt penting utk sy berbuat demikian. Diharapkan bila dh dekat ni, sy bleh sentiasa ingatkan diri sy utk bergerak dgn lbh baik demi mereka.

^nak tau tak apa yg menarik rmh sewa sy ni?? :) keluar simpang jer dh nmpk laut yg terbentang luas. Indah dan damai.. Subhanallah.. Alhamdulillah..^

Usah hanya menghukum..


Dia bukan nakal...
Dia bukan degil....
Dia bukan pekak...
Apatah lagi tuli....
Dia ada masalah...
Usah tanyakan apa masalahnya...
Kerana Dia juga tidak tahu....
Kamu sebagai org DEWASA yang perlu SEDAR & TAHU...BANTULAH DIA....

Saya tertarik dgn blog seorg rakan yg membincangkan tajuk seperti di atas. Apabila dikenang, kdg2 sy jg tersilap membuat perhitungan. Dlm situasi yg kadangkala mendesak, kesabaran mgkn menjadi tipis. Mana tak nya, kita hadir ke sekolah dgn harapan matlamat pembelajaran tercapai, RPH dpt dilaksanakan tanpa gangguan perkara remeh. Semua ni disebabkan kita mahu mereka bljr sesuatu dan mendapat manfaat dr persekolahan. Tp, akhirnya sesi P&P tidak dpt berjalan dgn baik. Anak istimewa tidak tentu tindakannya lbh2 lagi yg hiperaktif . Bila mana dia mahu menangis, dia akan berbuat demikian tanpa segan silu. Bila mana inginkan sesuatu, jeritannya boleh didengar sehingga ke bangunan sebelahnya.. Bila mana dia ingin bergurau, dipukulnya kawan2, diusiknya kawan2.. semuanya menjadi perkara biasa bg dirinya..


Bagi kita sbg seorg guru, perkara yg penting adalah menyedarkan dan membuatkan mereka berfikir atas tindakannya. Tidak dinafikan, minda mereka sedikit terganggu tetapi dgn terapi, latihan dan tunjuk ajar semuanya boleh beransur pulih biarpun ia mengambil masa. Usah dipersoalkan tentang hasilnya tetapi dahulukan usaha untuk memperbaiki kelakuan. Insya Allah, dgn niat yg baik, usaha yg kental kita akan dibantuNYA..


Tips yg selalu sy praktikkan (dpt dr email seseorg) ialah tenangkan kanak-kanak tersebut, kemudian tenangkan diri kita (calm your children first, then calm yourself). Mereka perlukan org dewasa utk berasa selamat, aman dan perhatian. Tp kita yg dh dewasa ni dh boleh fikir sendiri.. Bila mereka dh rasa ok n dh mendengar kata, perlahan2 lah pujuk diri sendiri spy terus sabar. Tp kalau fikir nak tenangkan diri sendiri jer, tu yg asyik fikir nk menghukum, nak marah..


Hehe.. suka dan duka tu la yg menjadi pelengkap hidup kita.. Senyum slalu ye cheq_yah..

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Bila mana kita menyebut tentang PPKI, pelbagai maklum balas yg diterima dr org ramai. Pengalaman sy sendiri, sy dapat mcm2 nasihat dan mungkin jg satu ingatan utk diri sy.


Antaranya:

  • “Pendidikan Khas tu kena banyak sabar sbb budak2nya tak faham bahasa..”
  • “Budak2 mcm tu, hari ni ajar tp esok bila tanya dh lupa. Apa yg diajar mmg tak masuk di kepalanya..
  • “Nanti mengajar tu baik2, kena sabar sbb nanti kalau mengandung bleh kena kenan. Nanti anak pun jd mcm tu..”
  • “Maziah seeloknya cari kerja yg ada kena mengena dgn degree. Pendidikan khas ni mmg dh lari sgt..”
  • “PPKI ni sangat seronok.. Murid sedikit, cikgu pula ramai, siap ada pembantu pengurusan murid lagi.. seorg cikgu pegang dlm 5-6 org murid shj..”
  • "Cikgu rasa Maziah boleh sbb Maziah penyabar orangnya.."
  • “Bagus pendidikan khas, skrg Jabatan dh ambil cikgu degree untuk PPKI.”
  • Mcm2 lagi yg sy dpt tp tak ingat mcmn ayatnya.. Hehe.. sori yer..

Tp, setelah sebulan ni (mengikut pemerhatian n rasa hati) ada sedikit kesimpulan yg dpt sy buat iaitu:

  • Pendidikan khas mmg kena bnyk sabar kerana lumrah bila mana kita ingin menjadi seorg guru, kita perlu ada asas yg amat penting iaitu KESABARAN, KEGIGIHAN dan KESUNGGUHAN. Perlu diingat, bkn PPKI shj yg perlu sabar, semua pekerjaan perlu sabar.. :)
  • Sebenarnya, adat kehidupan ada suka dan duka. Sy sbnrnya enjoy dgn PPKI sbb telatah anak murid kadangkala sgt lucu dan bila balik rumah sy akan tersenyum sendiri.. Setiap hari rasa excited utk ke sekolah utk lihat mereka.. Kdg2 ada jg rasa geram apabila mrk terlalu tak mendengar kata tp ingatkn diri semula bahawa inilah yg disebut anak istimewa. Ada hikmahnya semua tu.. :)
  • Tentang kenan-mengenan ni, semua tu takdir dr ALLAH. Siapa kita utk membezakan mereka?? Yakin dgn Qada’ dan Qadar, ia penawar pada keresahan hati.. :)
  • Dah la tu.. yg lain fikir sendiri yer.. Sy pun tgh memerhati skrg. Bnyk lg yg kena bljr.. :)

PENDIDIK anak istimewa.

Hari ni dh lebih sebulan sy berkecimpung dlm bidang perguruan ni.. mmg minat tu dh lama dtg sehingga sy pernah berhasrat utk membuka tadika sy sendiri pd suatu ketika dulu. Tak tau knape, sy sgt suka dgn kanak-kanak. Hasrat itu sy tangguhkan dulu dan termasuk dlm perancangan jangka masa panjang. Sejak sy berada dlm 'dunia’ pendidikan khas ni, terasa seperti kehidupan sy lbh istimewa. Percaturan ALLAH itu Maha Hebat, DIA beri sesuatu yg sgt sesuai dgn jiwa sy. Alhamdulillah, peluang itu tiba jg. Kini sy ada lebih bnyk masa utk mengenali dan memahami jiwa kanak-kanak. Setiap hari, sy akan belajar sesuatu yg baru dr mereka.


Hari pertama sy mula bekerja, sy terasa agak asing. Sebelum ni, sy dh pun memikirkan ttg profesion ni tp tak terfikir pun yg sy akan menceburi pendidikan khas. Mana tak nya, ia berbeza dgn pendidikan biasa (aliran perdana). Dari mulanya sesi pembelajaran hingga akhir waktu persekolahan, ia mempunyai pendekatan yg berbeza. Mendidik anak normal dgn anak istimewa masing2 ada caranya. Oleh itu, sy cabar diri sy utk mempelajari bidang ini sebaik mungkin dan menjadikan pengalaman ini sbg suatu anugerah yg tak ternilai harganya..

Makluman

Hari ni ada bbrp perkara yg sy nak post, sbnrnya ia dh lama ditulis cuma baru skrg nak masukkan dlm blog. Ada juga 1,2 yg sy baru tulis hari ni..

Tuesday, July 21, 2009

Mukaddimah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sy mulakan juga menulis dlm blog ni.. Dah lama hajat nak tulis, dan dah banyak perkara yg sy simpan utk dimuatkan dlm blog ni cuma baru sekarang hajat itu tercapai. Utk blog ini, sy akan cuba sampaikan dlm bentuk yg santai segala maklumat, idea dan mungkin juga pengalaman yg sedikit ni untuk dikongsi bersama. Semoga yg baik tu dapat dijadikan panduan dan perkongsian bersama, manakala yg tidak baik tu harapnya sama2 jadikan pengajaran..

-Bersedia utk memimpin dan dipimpin..